KISAH AKU , DIA DAN KAMU Ini Kisah Kita: April 2013

SEMUA TENTANG AKU , DIA & KAMU :)

Friday 12 April 2013

my birthday :D

A S S A L A M U A L A I K U M

Hye ! Okay , nak cerita . Semalam 12 April 2013 , birthday aku . Yeayy ! Dah 17 tahun . Terima kasih kepada ALLAH kerana masih memberikan kesempatan kepada aku untuk masih bernafas sehingga hari ini . Alhamdulilah . Rasa macam dah besar sangat pulak . Hahaa . Tahun ni last sekolah , tahun depan dah 18 . Uishh , cepatnya membesar .

Okay , nak cerita apa yang terjadi pada birthday aku . Malam 11 April tu , aku tak syak apa apa pun malam tu . Aku macam biasa jela . Aku tak sangka depe nak campak aku dalam kolam ikan . Then time nak balik nak g solat tu , depe macam lengah lengah kan masa . Aiza ajak aku pergi tandas , nak berak katanya . Okay lah aku ikut , then , tetiba , mira , izzah , husna , dania stop dekat dengan kolam . Aku cakap la 
 
"Weyy , jom la balik , solat , dah pukul berapa dah ni"
 
"Jap jap , tunggu fatin"
 
Tetiba fatin keluar kelas dia cakap
 
"Jayy , pinjam beg , nak letak barang"
 
Then aku bagi jela beg aku tanpa ragu pape . Pastu aku ajak yang lain balik , then depe cakap
 
"Alah , jap lah tunggu fatin"
 
Haa , time tu aku dah pelik dah . Asal depe ni . Siap sengih sengih bagai . K fine . Tetiba aku terfikir pasal kolam . Ahh , sudah , habis lah aku . Aku terus lari dan cakap
 
"Aku taknak kolam !!!"
 
Depe kejar aku sampai ke surau . Bebudak situ usha je aku main kejar kejar . Dah sampai surau depe tarik nak bawak pergi kolam balik .  Waktu tarik aku tu depe cakap 
 
"Alah jayy , sekali ni je . Ni tahun last kan . Jum laaa"
 
Akhirnya , aku redha jela kena campak ke dalam kolam ikan . Diulang , kolam ikan ye ! Hahaa . Tapi basah separuh badan je sebab aku berpaut pada batu . Sampai bercalar lah kaki aku . Hahaa .  Sebelum masuk kolam aku siap cakap 
 
"Weyy , solat isyak dulu , pastu baru masuk kolam eh"
 
"Ahh , takde takde . Hang nak ramai ramai tgk hang kena masuk kolam ke hang nak kami je tgk ?"
 
"Errrrr???"
 
Punya lah depe tarik aku dari surau sampai ke kolam ikan tu . Gila la . Lepas habis basah then pergi dewan makan dengan pakaian basah tu , lepas makan , member aku pergi curah teh susu kat aku . Ceitt --" , melekit dowh . Terpaksa lah aku mandi sebersih + sewangi wanginya malam tu , siap shampoo rambut lagi taw .

Then lepas mandi , aku buat homework , then nak tidur lah kononnya . Lepas tu member aku iqlima datang katil aku suruh urut badan dia . Aku urut lah . Tetiba aku terperasan yang adik dorm aku alia dengan farisah and kawan aku fanab macam rancangkan sesuatu . Aku dah tak sedap hati dah . Then fanab masuk dorm , aku terbau NESCAFE ! Ahh , sudahh ! Agak dah , aku kena mandi buat kali kedua rasanya nanti . Aku tengok iqlima dah sengih sengih pandang aku . Pastu adik dorm aku datang cakap macam ni 
 
"Kak ima , mai kejap , kak fanab panggil "
 
Then aku cakap 

"Takde , takde . Malam ni kak ima akak cop dulu . Ima , aku taknak mandi dua kali ! Ang kena ada dengan aku susah senang "

Then aku peluk dia kuat kuat taknak kasi lepas . Sekali tu , semua adik dorm aku kerumun katil aku , depe tarik aku . Gila , menjerit la aku . Dah macam orang gila aku lari dalam dorm tu , lompat katil sini , lompat katil sana . Hahaa . Sumpah , sampai blok lama pun dengar suara aku . Gila lah . Then depe tarik aku keluar , sampai bilik air , DUSHH !! Hahaa . Bermula lah perang air . Sekali depe curah air NESCAFE !! Nasib baik sejuk . Hahaa .

Main simbah simbah air . Time tu yang ada kawan aku , aiza , mira , husna , fanab , yang iqlima dengan farisah dan alia dah melarikan diri . Taknak kena basah lah tu . Hahaa . Best la main malam tu . Yela , tahun terakhir . 

Thanks ye kengkawan aku sebab buat aku mandi sampai dua kali malam tu . Sejukk woo . Hahaa . Takpe , tunggu birthday korang nanti ye . 

Errr , si dia bagi aku cokelat kit kat . Alah kecik je . Hehee . Maseh ye Cik Abang sayang sebab ingat birthday . So malam tu gayut dengan dia . Hehee . Nahh muahh setepek kat Cik Abang sayang :*

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 8 April 2013

jumpa PENGETUA !

A S S A L A M U A L A I K U M

Okay , mesti terkejut kan tengok title kat atas tu . Hahaa . Actually , semua pelajar tingkatan 5 ada perjumpaan dengan pengetua . Kami kena "bash" tadi . Kena "basuh" habis-habisan . Dah bersih dah . Hahaa . Memang cuak gila la tadi . Harapan sekolah terlalu tinggi . Waktu pengetua tunjukkan result ujian 1 tu , phewww , berpeluh kami . Yang result okay tu boleh lah tenang , ni kami yang result teruk ni , tak tahu nak cakap apa . Hurmm . Tadi pengetua mention nama-nama yang result teruk dan yang result cemerlang . Bukan nak membandingkan , cuma nak bagi moral support . Mungkin ada yang rasa dimalukan , tapi percayalah , cikgu nak bagi semangat je tu . Kesian jugak tengok kawan yang kena mention tadi , tapi nak buat macam mana kan .

So , tetiba soalan yang aku jangka akan ditanya akhirnya ditanya jugak . Pengetua tanya :

"Siapa yang berani nak mengaku yang dia couple ?"

*semua dah bising bising dah*

Sumpah , time tu aku dah cuak gila . Ye , aku memang lah couple , tapi gila lah nak mengaku . Memang tadi takde siapa pun yang mengaku . Siapa yang mengaku memang aku salute lah . Pengetua tanya kami , takde siapa mengaku . Then pengetua tanya cikgu-cikgu , takde sorang pun cikgu yang bagi tahu . Cayalah cikgu ! Kami sayang cikgu !! Semua cikgu macam cuba cover dan back up kami . Padahal cikgu-cikgu tahu je siapa yang couple . 
 
Benda ni lah yang buatkan aku risau sangat . Aku kesian kat Cik Abang sayang . Dia pandai . Aku taknak sebab aku , result dia menurun . Tak dinafikan , kami kat sekolah mana ada dating bagai , mesej pun tak , yela dia pun tak bawak phone . Jumpa pun kalau ada hal je . Tu je . Tapi haritu dia kata result dia menurun . Risau jugak aku . Aku ke punca result dia menurun ? Hurmm . Aku sayang dia . Dalam masa yang sama aku taknak dia mengabaikan pelajaran dia . Salah aku ke ? Aku tak tahu lah kot kot lepas ni tetiba dia mintak clash ke . Benda tu yang paling aku takut dan aku taknak . Aku sayang dia . Dia pernah cakap , 

"Belajar lah rajin-rajin , nanti boleh pergi overseas sama-sama"

Dia pernah ajar aku beberapa subjek . Tapi aku tak boleh lah belajar dengan dia . Fokus aku hilang . Tambah lagi kalau belajar berdua je , haa , yang tu paling tak boleh . Syaitan banyak woo kiri kanan time tu . Sumpah tak tipu . Tapi aku taknak hilang dia . Aku nak dia berjaya capai cita-cita dia . Entahlah . Sekarang yang aku tahu , aku nak belajar bersungguh-sungguh . Doakan aku eh :')

Thanks :')

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 5 April 2013

6 April 2013

A S S A L A M U A L A I K U M

Hye ! Haha . Okay nak story ni . Tetiba rajin nak update . Yela , rembat netbook n broadband adik dorm aku kejap . Hahaa . Malas nak study or buat homework . Actually takde apa nak cerita . Sesaja je . Hurmm , sejak dua menjak ni kan kan . Cik Abang sayang dah makin okay la pulak . Kalau dulu , lalu sebelah pun taknak senyum , sekarang dia dah pandai senyum . Hahaa . Berjaya didikan aku . Hurmm . 18 April ni dia pergi SINGAPURA . Untuk apa ? Dia adalah antara 12 pelajar terpilih pergi singapore untuk lawatan ke sekolah kat sana . Yela , budak pandai la katakan . 

Kadang-kadang aku terasa rendah diri sebab dia pandai , aku ni biasa-biasa je . Kan ? Tapi , ntahlah . Huhuu . Takpe , masing-masing punya kelebihan kan . Tak semestinya aku tak boleh menandingi dia kan ? Mana tahu result aku lagi gempak dari dia ke . Hahaa . In Sha Allah . 

12 April ni birthday aku . Aku nak tengok dia ingat ke tak . Kalau tak ingat , hurmm , takpelah kan . Hurm . Ramai cakap yang dia akan bagi hadiah kat aku . Tapi aku taknak berharap sangat . Aku takut dia tak bagi .   Kalau ada hadiah tu , aku ambil . Kalau takde , takpelah . Terasa ? Tak kot . Err , ada lah sikit . Hahaa . So , aku rasa sekarang ni , aku bahagia dengan Cik Abang sayang . 7 April ni genap 4 bulan . Alhamdulilah . Harap-harap berkekalan . Taknak lah putus sampai takat ni je . Kalau boleh nak kahwin dengan dia . Hehee . Gatal kan ? Impian je :D Ada jodoh kahwin , takde , tak kahwin la . Hahaa .

Cik Abang sayang tak handsome pun , tapi bagi aku dia comel . Seriously . Sebab tadi dia duduk depan aku , then baru aku sedar betapa comelnya Cik Abang sayang aku . Selama ni aku tengok comot je . Hahaa . Gurau laa . Walaupun dia sumbing , aku tak kesah . Comel apa . Seriously . Tak percaya ? Tengok muka dia lama-lama . Then kau akan nampak betapa comelnya Cik Abang sayang aku . Hahaa . Dia suka kata aku gemuk . Memang aku gemuk pun . Tapi gemuk-gemuk aku dia sayang jugak . Hahaa . Sayang ke ? Ntahlah , dia je tahu sama ada dia sayang aku ke tak kan kan ?

K lah , aku nak tidur ni . Lain kali ada masa , aku rembat lagi netbook n broadband adik dorm aku . Hahaa . K bye :D

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen