KISAH AKU , DIA DAN KAMU Ini Kisah Kita: 2013

SEMUA TENTANG AKU , DIA & KAMU :)

Tuesday 17 December 2013

our anniversary

 A S S A L A M U A L A I K U M

Hye ! Emm , harini gua nak story sikit . Nampak kan tajuk ? As what tajuk gua tulis , pasal tu lah gua nak cerita . Hmm . Gua ada BF , nama dia O**** . Hmm Hmm . Haritu 7/12 anniversary kiteorang . Dan , dia tidur . Yeahh , dia tidur dan tak wish langsung . Tarikh tu hari sabtu . Gua ajak dia datang tapi parents dia tak bagi . Yela , dia pun belum ada lesen . Kiteorang sebaya . So , takpelah kalau dah itu alasan dia kan . So , gua redha . Yang gua geram , dia tak wish . Dia kata tak penting pun anniversary tu . Tapi bagi gua , penting kot . Susah dowh , dia ni heartless sikit . So gua kena banyak sabar . yee , malam tu gua nanges . Gila , sape tak sedih .

So bila fikir balik no point kiteorang gaduh .  Mungkin fahaman dia macam tu , so nak buat macam mana kan . Sekali lagi gua bersabar . Actually banyak benda dah gua bersabar dengan dia . Gua tahu gua takleh nak bandingkan dia dengan Ex Ex gua yang lain . Tapi atleast , hargai gua  . Faham sikit gua ni . Gua ada perasaan . Dah banyak kali dah gua nangis sebab dia . Sayang punya pasal , gua tahan . Gila kan ? Ye memang . Sebab gua gilakan dia . Gua rasa macam susah nak lepaskn dia . 

So sekarang ni dia jarang text gua . Gua cuba terima . Even text , dia reply lambat or kenkadang tak reply langsung , gua faham . Gua cuba biasakan diri dengan keadaan tu . Memandangkan nanti dia masuk PLKN dan gua melangut sensorang kat rumah , mana nak text kn , sah sah phone warden simpan . So gua kena biasakan diri . Btw , andai kata dalam masa 3 bulan tu dia jumpa orang lain or gua jumpa orang lain , takde lah berat sangat gua nak tinggalkan dia or ditinggalkan . Kan ? Ni nama dia precaution . Langkah berjaga jaga . Lepas ni , gua ingat andai gua dengan dia jodoh tak lama , gua nak cari lelaki yang sayangkan gua lebih daripada gua sayangkan dia . Penat dah menangis sebab laki . Seriously . 

Memandangkan tak sambut anniversary , dan takde hadiah dari dia mahupun dari gua . Kira adil lah kan . Tak adil lah kalau gua je beli dia tak . Hahahaa . Dia baik . Seriously . Baik , pandai , comel , pemalu . Sebab tu gua suka dia . Gua suka tengok dia senyum . Comel . Even dia sumbing , dia tetap handsome di mata gua .

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 15 December 2013

konfius

A S S A L A M U A L A I K U M

Hye ! Okayy . Gua nak story . Sekarang ni gua mengalami kecelaruan bidang . Gua tak tahu nak amek bidang apa . Sama ada nak masuk matriks or buat asasi kat memana U . Masalahnya , gua memang minat MEDIC . Memang gua nak gelaran DOKTOR tu . Gua minat dan nak sangat jadi doktor , tapi , gua tak tahu nak jadi apa . K , gua minat dua bidang medic ni 

1) Obstetrics & Gynaecology ( sakit puan )
2) Pergigian

Gua minat sangat nak jadi doktor sakit puan sebab gua suka BABY . Ntah , naluri gua kuat nak ke arah bidang tu , tapi masalahnya , gua takut result SPM gua tak gempak mana . Sebab , gua dah survey U U yang menawarkan bidang dua ni . Gua dah survey kelayakan nak jadi antara dua bidang ni . Btw , of course , sakit puan a bit tougher . Gua takut gua tak mampu je . Sebab kakak sedara gua ada cerita , tough bidang ni , member dia sampai QUIT then ambil course lain . Gua cuak dahh .

Apak gua (ayah gua) suggest DENTIST , sebab agak mudah dan pelajaran tertumpu pada dentist semata . Then gua ada baca , kalau gua nak jadi PAKAR GIGI , gua kena ada MBBS , nak terang payah . Hahaha . Tapi jika gua ada MBBS tu aku boleh apply untuk jadi PAKAR . Gua baca kat sini haa 


Banyak gak U yang tawarkan asasi pergigian . Gua pun tak tahu la  . Tengok result dulu kot . Kalau gempak , gua fikir dulu . Sebab gua rasa macam tak gempak je . Hahaha . Ntah la . Rezeki ALLAH kan , gua terima je . So , korang doakan lah eh yang terbaik untuk gua . Aminn :')


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

last day bergelar PELAJAR .

A S S A L A M U A L A I K U M

Hye ! woo , serious , bersarang dah kan aku punya blog . Sumpah lama tak update . BUSY dowh ! Hahaha . Yela , tahun ni gua SPM . So , kena lah focus kan . Btw , aku lupa result trial aku berapa . Haahaha . GILA . 

So , i'm officially ALUMNI SERATAS . Yeahh ! Dah habis sekolah kan . Sekejap je rasa . Sedih pun ada , yela , member dua tahun hidup bersama . Dah kenal perangai macam mana , bau kentut pun dah boleh cam . Hahaa . Toyaa je gua . Paling sedih waktu last day paper , ada ke kami kena BLAH lepas habis paper BIO *aku budak science* , macam tak menyempat je kan , sedangkan budak TEKNO ada lagi . Sekolah gua ada dua aliran , 

1) SCIENCE
2) TK & LK (teknologi kejuruteraan & lukisan kejuruteraan)

Sedih la , menangis , meraung semua ada . Malas nak cite lebih lebih kan . Nah , tengok suasana last DAY kami bergelar PELAJAR :'D

okay SORRYY . tetiba gua takleh nak upload video . k k . Nanti gua upload kayy . Huhuhuu . So sorryy k . 

Gua tak banyak tangkap gambar last paper tu , video je . Baru best . Hahaha . Emm , yang pakai baju sekolah tu semua budak BIO , yang pakai t-shirt tu budak TEKNO . Mereka mencemar duli dengan menunggu kami di luar dewan peperiksaan . Keluar je dewan , depe nyanyi lagu ni haa smabil plucking gitar kapokk . Whee xD ,

Tamatlah zaman persekolahan
Masih dihantui memori
Waktu kecil waktu yang gemilang
Oh Tuhan ku tak mahu pergi

Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua tak akan membesar
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua akan bersama selamanya

Tak lupa pelbagai peristiwa
Waktu pergi mengaji
Ponteng kerana ku macam tak biasa
Hoo..oo..

Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua tak akan membesar
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua akan bersama selamanya

Maunya tak nangis kan . Semua dok peluk peluk , memang sedih la . Btw , sumaph terharu gila . Yang sedihnya kami bebudak BIO tak leh nak buat macam tu kat bebudak TEKNO sebab kami semua balik rumah masing masing dah . Yela kami habis 28/11 mereka 4/12 . Lama woo . Sorryy kawan . Kita tetap kawan selamanya :')

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 6 August 2013

hargailah :)

A S S A L A M U A L A I K U M

Aku nak share something . Tadi aku usha news feed then terbaca ni . So , ini untuk renungan :)


Cuba bayangkan satu hari awak terdengar bunyi ketukan pintu . Awak bukak pintu dan awak nampak kekasih awak basah kuyup . Kekasih awak terus peluk awak dan cakap

"I love you.."

Awak balas

"I love you too.."

Awak pun suruh kekasih awak pergi ke bilik untuk tukar baju . Masa tu awak sedang senang hati dan gembira sangat sangat . Tiba tiba handset awak berbunyi , kawan awak call .

"Weyy , aku ada benda nak cakap ni . Aku harap kau bersabar ..."

"Mende weyhh ...?"

"Awek kau..."

"Haa , nape dengan dia..?"

"Dia dah meninggal . Tadi dia kemalangan . Aku kat hospital ni . Aku harap kau bersabar..."


Siapa pulak yang datang tadi dan siapa yang berada di bilik awak tu . Awak pun terus ke bilik dan dia sudah tiada lagi . Rupa rupanya dia ialah roh kekasih awak yang datang untuk mengucapkan kata sayang dan ingin memeluk awak buat kali terakhir . Oleh itu hargailah dan sayangilah kekasih awak selagi dia masih di sisi awak kerana jodoh , hidup dan mati adalah rahsia ALLAH S.W.T :')



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 5 August 2013

i'm sorry but i love you :)


A S S A L A M U A L A I K U M

Hye peeps ! So macam tajuk kat atas , nak cerita sikit . Hehee . Dulu waktu aku form 4 , aku pernah minat senior aku ni . Nama dia FA . Nama penuh rahsia la . Gila , tak kan nak bagi tahu nama penuh kot kan . Huhuhu . So nak dijadikan cerita , dulu waktu bulan ramadhan , sebelum nak makan tu kami kena berkumpul kat dewan makan (kitaorang ni budak asrama) . So sebelum nak masuk waktu berbuka ada "sampaikan ucapan" , harge 20 sen je . Hehee . So , satu hari ni aku pergi buat kerja gila . Aku tulis macam ni .

"Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh... Kepada F**** A**** bin M***** , saya ucapakn selamat hari raya maaf zahir dan batin . Senyum selalu.."

daripada -secret-

Yang tukang baca tu memandai tambah jadi SECRET ADMIRE , mak aihh . Hahaha . Bedal lah labu . Then nak tahu tak reaksi dia apa ? Dia blushing gila . Terus sorok muka bawah meja . Hahahaa . Ucapan yang aku buat tu tak ramai yang tahu . Member aku pun sorang dua je tahu . Aku malas nak kecoh kecoh . Hahaa . Bukan apa , saja je nak mencipta kenangan . 

Then malam tadi aku IM dengan dia kat FB , aku mengaku lah aku yang buat ucapan tu . 



Hahaaa . Time ni aku malu gila weyhh . Sumpah malu gila . Tapi aku saja je bagi taw . Then kau tanya aku benda ni .


 Bukan aku mengharap apa apa dari dia . Memandangkan aku pun dah ada BF dan aku bahagia dengan BF aku sekarang ni . Aku saja je . Takda niat pape pun . Ni kisah lama . 


See . Aku nak berkawan je dengan dia . Tak lebih pun . Trust me :) 

Then aku search youtube , aku terdengar lagu ni 

I LOVE YOU - NAJWA LATIFF -


Mungkin kita pernah rasa tentang cinta,
Yang takdirnya bukan untuk kita,
Mungkin ini adalah cara meluah cinta,
Tanpa berkata atau berpandang mata,

I’m sorry but i love you,
I’m sorry if i miss you,
Even if i can’t have you,
You know i’ll always be there for you.

Mungkin aku mencintaimu walaupun engkau tak pernah tahu,
Mungkin aku mencintaimu tanpa lelah atau pun jemu,
Mungkin kita tak bersama di takdirkan,
Tak mengapa asal kau bahagia,

Biar aku mencintaimu biar tiada siapa yang tahu,
Biar aku mencintaimu dalam diam ataupun bisu,

I’m sorry but i love you,
I’m sorry if i miss you,
Even if i can’t have you,
You know i’ll always be there for you.
I’m sorry but i love you.

Lagu ni membuatkan aku tergelak . Macam sesuai je kan sebab aku minat dia lama dah . Sejak aku form 4 . Sekarang baru aku berani nak bagi tahu sebab dia dah blah dari sekolah tu . Hahaa . Banyak banyak form 5 kat sekolah tu , aku tertarik kat dia seorang je . Tak tahu kenapa . Tapi dulu lah . Sebab sekarang aku dah ada SUPERMAN aku dan aku sangat sayangkan SUPERMAN aku tuu .

Untuk FA , even aku dah lama sukakan kau , tapi aku hanya nak berkawan dengan kau je . So , aku harap lepas ni kita still boleh kawan k :) Inshaallah pesanan kau yang bawah ni akan aku cuba ikut . Doakan aku berjaya dalam SPM eh :)




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

jangan sibuk boleh tak ?


A S S A L A M U A L A I K U M

Hye ! So macam tajuk kat atas , aku nak nyatakan ketidakpuashatian aku . Weyh , paan , haritu kau sibuk nak baju raya sama colour dengan aku . K fine , kita setuju colour orange . Then aku fikir balik , aku malas nak beli warna orange sebab susah nak cari . Lagipun kita masing masing dah ada BF/GF kan . K fine . Done lah kan . Aku tak faham kenapa kau nak sweet sweet dengan aku sedangkan kau dah ada GF and kau tahu aku dah ada BF . Come on lah . Then kau kata kita even kita dah lama break , kita tetap BFF . K fine . Sebab kau selalu ceriakan hari hari aku . Aku terima .

Then one day , aku text kau , aku cakap 

"Baju raya kita warna hijau . Emm , kita takyah lah sama colour . Kamu beli lah baju sama colour dengan GF kamu tu..."

Then kau tak balas . Takpe lah kan . Then malam tu aku stalk FB kau , aku terbaca benda ni .



Weyy agak lah . Tak payah nak sama colour sangat lah kan . Tak tahu lah kebetulan ke atau memang sengaja . Aku tak kesah nak sama colour , tapi takyah lah dengan GF kau sekali sama colour . Nak boria bertiga ke pun ? Nak sama colour hangpa dua dah lah , sibuk tiru warna aku watpe . Sorry k , aku beli dulu  Kau yang menyibok . Cepuk kepala sat lagi baru taw .

Seriously aku cakap yang aku tak suka . Bukan soal tiru tak tiru , soalnya aku tak suka sama baju dengan kau and dengan GF kau . 

Sekian .

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 12 July 2013

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak


A S S A L A M U A L A I K U M

Hye semua ! Gila lah ! Lama dah tak update . Huhuu . Berhabuk dah blog ni kan . Btw , Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak . Kepada semua , andai aku pernah menyakiti atau disakiti oleh aku , aku mintak maaf eh . Huhuu . Yela sempena Ramadhan ni , kita kena lah bermaaf maafan . Kan kan ? Wheee xD

Ni ha , aku nak kongsi satu cerita . Bukan nak bukak aib , cuma lawak bila teringat . Satu hari ni , aku pergi kantin sekolah , kat kantin kami ada jual juadah untuk berbuka ( well aku kan duduk asrama , bazaar kantin jela yang mampu pergi ) , then time nak balik tu aku terserempak dengan member baik ( nama dirahsiakan ) . Aku tegur lah dia , then waktu makin dekat dengan dia , aku nampak dia makan sesuatu . Aku tegur ah 

"woi , ang makan apa tu ?"

Dengan muka excited dia balas

"aku makan gula gula "

Gulp ! 

"oii ! ni bulan puasa lah !!"

Muka merah . Terus dia ludah gula gula tu .

"weyy ! aku lupa aku lupa . ya ALLAH malunya ! weyy camner ni ? mesti ada orang nampak aku makan gula gula .."

"bhahaha , tahu ah tak puasa , takyah ah show off"

"weyy malu nyaaaa"

"takpe takpe , takde org perasan kot"

"weyyy *muka sedih* "

"dah dah  , jom g dewan makan"

Hahaa , gila kerek member aku ni . Sepanjang perjalanan nak pergi dewan makan , muka dia merah dan risau je . Dia lupa yang ni bulan puasa , kebetulan dia ABC kan . Selamba badak dia je makan . Hahaa . Dah sampai dewan makan sampai lah dah berbuka , dia diam je . Kesian pulak aku tengok . Aku faham dia malu . Tapi nak buat macam mana , dah berlaku .

"weyy dah lah . takde orang nampak la . Makan la nasi tu ."

"aku maluuu ..."

"dah dah , haishh"

So korang , kalau ABC tu beringat lah ye . Hahaa . Pesanan ikhlas dari aku :D

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 12 April 2013

my birthday :D

A S S A L A M U A L A I K U M

Hye ! Okay , nak cerita . Semalam 12 April 2013 , birthday aku . Yeayy ! Dah 17 tahun . Terima kasih kepada ALLAH kerana masih memberikan kesempatan kepada aku untuk masih bernafas sehingga hari ini . Alhamdulilah . Rasa macam dah besar sangat pulak . Hahaa . Tahun ni last sekolah , tahun depan dah 18 . Uishh , cepatnya membesar .

Okay , nak cerita apa yang terjadi pada birthday aku . Malam 11 April tu , aku tak syak apa apa pun malam tu . Aku macam biasa jela . Aku tak sangka depe nak campak aku dalam kolam ikan . Then time nak balik nak g solat tu , depe macam lengah lengah kan masa . Aiza ajak aku pergi tandas , nak berak katanya . Okay lah aku ikut , then , tetiba , mira , izzah , husna , dania stop dekat dengan kolam . Aku cakap la 
 
"Weyy , jom la balik , solat , dah pukul berapa dah ni"
 
"Jap jap , tunggu fatin"
 
Tetiba fatin keluar kelas dia cakap
 
"Jayy , pinjam beg , nak letak barang"
 
Then aku bagi jela beg aku tanpa ragu pape . Pastu aku ajak yang lain balik , then depe cakap
 
"Alah , jap lah tunggu fatin"
 
Haa , time tu aku dah pelik dah . Asal depe ni . Siap sengih sengih bagai . K fine . Tetiba aku terfikir pasal kolam . Ahh , sudah , habis lah aku . Aku terus lari dan cakap
 
"Aku taknak kolam !!!"
 
Depe kejar aku sampai ke surau . Bebudak situ usha je aku main kejar kejar . Dah sampai surau depe tarik nak bawak pergi kolam balik .  Waktu tarik aku tu depe cakap 
 
"Alah jayy , sekali ni je . Ni tahun last kan . Jum laaa"
 
Akhirnya , aku redha jela kena campak ke dalam kolam ikan . Diulang , kolam ikan ye ! Hahaa . Tapi basah separuh badan je sebab aku berpaut pada batu . Sampai bercalar lah kaki aku . Hahaa .  Sebelum masuk kolam aku siap cakap 
 
"Weyy , solat isyak dulu , pastu baru masuk kolam eh"
 
"Ahh , takde takde . Hang nak ramai ramai tgk hang kena masuk kolam ke hang nak kami je tgk ?"
 
"Errrrr???"
 
Punya lah depe tarik aku dari surau sampai ke kolam ikan tu . Gila la . Lepas habis basah then pergi dewan makan dengan pakaian basah tu , lepas makan , member aku pergi curah teh susu kat aku . Ceitt --" , melekit dowh . Terpaksa lah aku mandi sebersih + sewangi wanginya malam tu , siap shampoo rambut lagi taw .

Then lepas mandi , aku buat homework , then nak tidur lah kononnya . Lepas tu member aku iqlima datang katil aku suruh urut badan dia . Aku urut lah . Tetiba aku terperasan yang adik dorm aku alia dengan farisah and kawan aku fanab macam rancangkan sesuatu . Aku dah tak sedap hati dah . Then fanab masuk dorm , aku terbau NESCAFE ! Ahh , sudahh ! Agak dah , aku kena mandi buat kali kedua rasanya nanti . Aku tengok iqlima dah sengih sengih pandang aku . Pastu adik dorm aku datang cakap macam ni 
 
"Kak ima , mai kejap , kak fanab panggil "
 
Then aku cakap 

"Takde , takde . Malam ni kak ima akak cop dulu . Ima , aku taknak mandi dua kali ! Ang kena ada dengan aku susah senang "

Then aku peluk dia kuat kuat taknak kasi lepas . Sekali tu , semua adik dorm aku kerumun katil aku , depe tarik aku . Gila , menjerit la aku . Dah macam orang gila aku lari dalam dorm tu , lompat katil sini , lompat katil sana . Hahaa . Sumpah , sampai blok lama pun dengar suara aku . Gila lah . Then depe tarik aku keluar , sampai bilik air , DUSHH !! Hahaa . Bermula lah perang air . Sekali depe curah air NESCAFE !! Nasib baik sejuk . Hahaa .

Main simbah simbah air . Time tu yang ada kawan aku , aiza , mira , husna , fanab , yang iqlima dengan farisah dan alia dah melarikan diri . Taknak kena basah lah tu . Hahaa . Best la main malam tu . Yela , tahun terakhir . 

Thanks ye kengkawan aku sebab buat aku mandi sampai dua kali malam tu . Sejukk woo . Hahaa . Takpe , tunggu birthday korang nanti ye . 

Errr , si dia bagi aku cokelat kit kat . Alah kecik je . Hehee . Maseh ye Cik Abang sayang sebab ingat birthday . So malam tu gayut dengan dia . Hehee . Nahh muahh setepek kat Cik Abang sayang :*

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 8 April 2013

jumpa PENGETUA !

A S S A L A M U A L A I K U M

Okay , mesti terkejut kan tengok title kat atas tu . Hahaa . Actually , semua pelajar tingkatan 5 ada perjumpaan dengan pengetua . Kami kena "bash" tadi . Kena "basuh" habis-habisan . Dah bersih dah . Hahaa . Memang cuak gila la tadi . Harapan sekolah terlalu tinggi . Waktu pengetua tunjukkan result ujian 1 tu , phewww , berpeluh kami . Yang result okay tu boleh lah tenang , ni kami yang result teruk ni , tak tahu nak cakap apa . Hurmm . Tadi pengetua mention nama-nama yang result teruk dan yang result cemerlang . Bukan nak membandingkan , cuma nak bagi moral support . Mungkin ada yang rasa dimalukan , tapi percayalah , cikgu nak bagi semangat je tu . Kesian jugak tengok kawan yang kena mention tadi , tapi nak buat macam mana kan .

So , tetiba soalan yang aku jangka akan ditanya akhirnya ditanya jugak . Pengetua tanya :

"Siapa yang berani nak mengaku yang dia couple ?"

*semua dah bising bising dah*

Sumpah , time tu aku dah cuak gila . Ye , aku memang lah couple , tapi gila lah nak mengaku . Memang tadi takde siapa pun yang mengaku . Siapa yang mengaku memang aku salute lah . Pengetua tanya kami , takde siapa mengaku . Then pengetua tanya cikgu-cikgu , takde sorang pun cikgu yang bagi tahu . Cayalah cikgu ! Kami sayang cikgu !! Semua cikgu macam cuba cover dan back up kami . Padahal cikgu-cikgu tahu je siapa yang couple . 
 
Benda ni lah yang buatkan aku risau sangat . Aku kesian kat Cik Abang sayang . Dia pandai . Aku taknak sebab aku , result dia menurun . Tak dinafikan , kami kat sekolah mana ada dating bagai , mesej pun tak , yela dia pun tak bawak phone . Jumpa pun kalau ada hal je . Tu je . Tapi haritu dia kata result dia menurun . Risau jugak aku . Aku ke punca result dia menurun ? Hurmm . Aku sayang dia . Dalam masa yang sama aku taknak dia mengabaikan pelajaran dia . Salah aku ke ? Aku tak tahu lah kot kot lepas ni tetiba dia mintak clash ke . Benda tu yang paling aku takut dan aku taknak . Aku sayang dia . Dia pernah cakap , 

"Belajar lah rajin-rajin , nanti boleh pergi overseas sama-sama"

Dia pernah ajar aku beberapa subjek . Tapi aku tak boleh lah belajar dengan dia . Fokus aku hilang . Tambah lagi kalau belajar berdua je , haa , yang tu paling tak boleh . Syaitan banyak woo kiri kanan time tu . Sumpah tak tipu . Tapi aku taknak hilang dia . Aku nak dia berjaya capai cita-cita dia . Entahlah . Sekarang yang aku tahu , aku nak belajar bersungguh-sungguh . Doakan aku eh :')

Thanks :')

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 5 April 2013

6 April 2013

A S S A L A M U A L A I K U M

Hye ! Haha . Okay nak story ni . Tetiba rajin nak update . Yela , rembat netbook n broadband adik dorm aku kejap . Hahaa . Malas nak study or buat homework . Actually takde apa nak cerita . Sesaja je . Hurmm , sejak dua menjak ni kan kan . Cik Abang sayang dah makin okay la pulak . Kalau dulu , lalu sebelah pun taknak senyum , sekarang dia dah pandai senyum . Hahaa . Berjaya didikan aku . Hurmm . 18 April ni dia pergi SINGAPURA . Untuk apa ? Dia adalah antara 12 pelajar terpilih pergi singapore untuk lawatan ke sekolah kat sana . Yela , budak pandai la katakan . 

Kadang-kadang aku terasa rendah diri sebab dia pandai , aku ni biasa-biasa je . Kan ? Tapi , ntahlah . Huhuu . Takpe , masing-masing punya kelebihan kan . Tak semestinya aku tak boleh menandingi dia kan ? Mana tahu result aku lagi gempak dari dia ke . Hahaa . In Sha Allah . 

12 April ni birthday aku . Aku nak tengok dia ingat ke tak . Kalau tak ingat , hurmm , takpelah kan . Hurm . Ramai cakap yang dia akan bagi hadiah kat aku . Tapi aku taknak berharap sangat . Aku takut dia tak bagi .   Kalau ada hadiah tu , aku ambil . Kalau takde , takpelah . Terasa ? Tak kot . Err , ada lah sikit . Hahaa . So , aku rasa sekarang ni , aku bahagia dengan Cik Abang sayang . 7 April ni genap 4 bulan . Alhamdulilah . Harap-harap berkekalan . Taknak lah putus sampai takat ni je . Kalau boleh nak kahwin dengan dia . Hehee . Gatal kan ? Impian je :D Ada jodoh kahwin , takde , tak kahwin la . Hahaa .

Cik Abang sayang tak handsome pun , tapi bagi aku dia comel . Seriously . Sebab tadi dia duduk depan aku , then baru aku sedar betapa comelnya Cik Abang sayang aku . Selama ni aku tengok comot je . Hahaa . Gurau laa . Walaupun dia sumbing , aku tak kesah . Comel apa . Seriously . Tak percaya ? Tengok muka dia lama-lama . Then kau akan nampak betapa comelnya Cik Abang sayang aku . Hahaa . Dia suka kata aku gemuk . Memang aku gemuk pun . Tapi gemuk-gemuk aku dia sayang jugak . Hahaa . Sayang ke ? Ntahlah , dia je tahu sama ada dia sayang aku ke tak kan kan ?

K lah , aku nak tidur ni . Lain kali ada masa , aku rembat lagi netbook n broadband adik dorm aku . Hahaa . K bye :D

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 27 March 2013

He , KUKU :D

 A S S A L A M U A L A I K U M

Yeahh ! Hye ! Lama tak update blog . Kfine , aku busy . Tahun ni nk SPM woo . Diulang ye , SPM , bukan UPSR . Ekceli(actually) , aku update blog atas permintaan kawan baik aku , KUKU ! Hahaa . Entry ni khas untuk kau kuku . 

*aku update blog sambil tengok cite DHOOM 2 . hahaa :D

Kayy , nak cerita . Aku ade sorang kawan , nama dia ENGKU ARIFF ISKANDAR BIN ENGKU ABDUL AZIZ . Kami sekelas sejak tingkatan 4 sampai lah tingkatan 5 . Still sama kelas . Kayy , mamat ni poyo . Dulu aku menyampah dengan dia sebab suka jadi "ustaz tak bertauliah" . Tapi nasihat dia semua aku terima dengan hati terbuka . Ada baiknya nasihat tu . Hahaa :D

Okay , kuku . Jangan marah eh . Senyum sikit . Hehee . Kami pernah rapat dan still rapat . Dia seorang yang baik . Caring . Aku kalau ada masalah suka refer kat dia sebab pendapat dia lain dari orang lain . Dia ada nasihat daripada pelbagai sudut . Tak caya ? Try ah . Hahaa . Free of charge . Kuku ada penyakit . Nak tahu penyakit apa ? SUKA KACAU ORANG . Hidup dia tak sah kalau tak kacau orang . Ramai yang BENGANG dengan dia . Tapi tu la cara dia . Tak caya ? Try ah kawan dengan dia .

Tahun lepas akhir tahun aku dengar cerita dia nak pindah . Punya lah aku meraung merayu jangan pindah . Sayang dohh , bape tahun je lagi kan . Then berita tu tergantung sampai lah bulan 3 ni kuku dapat surat . Permohonan dia nak pindah dah diluluskan . Uishh , waktu aku dapat tahu , DAMN !! Gebaboom , rasa macam halilintar . Sampai lah dengar ayat sedemikian :

"kuku kau nak pindah ?"

"weyy biar betul ?"

"tipu la..!"

"kuku , kau tak sayang kami ke ?"

Dan lain lain . Actually dia taknak pindah , tapi permohonan mamat ni dah diluluskan . Nak taknak , terpaksa lah dia pindah kan . So kami pun mula la bengang . Gila ah . Dah kawan lama tetiba dia nak pindah .

"Sape nak kacau kami ?"

 "Kami nak panggil sapa KUKU dengan KU GEM ?"

 "Sape nak jadi ketua kelas ?"


Bermula lah drama air mata kan . Hahaa . Punya la sayang nak bagi mamat ni pindah . Kami dah leleh dah saat tahu dia nak pindah . Betul-betul hari terakhir persekolahan sebelum cuti sekolah dia nak pindah . Then , waktu hari jumaat tu aku rasa seratas hampir BANJIR . Ramai gila nangis . Kuku yang selama ni tahan air mata akhirnya meleleh jugak . Semua peluk dia(err , yang lelaki jela) . Kami nak peluk , tapi .......... *krukk krukk krukk* Nak mati peluk dia ? Hahaa . Semua nangis , lelaki dan perempuan . Tak tahan woo . Hati ni rasa macam di siat siat . Sedih . Teman sepermainan , sekelas , nak pindah . Wooo , itu sangat sedih . Lepas ni tiada lagi panggilan KUKU or KU GEM . 

So , byebye kuku . Tak mau nanges nanges eh . Kami sayang hang <3

For kuku , jangan sedih-sedih eh . Aku tahu kau akan baca entry ni . Hahaa . So kuku . Take care eh . Kalau rindu call or text je kami kayy . Kami tahu kau akan merindui kami punya . Hehee :D

Here , KUKU or KU GEM picture :D




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 9 February 2013

KAMU SAJA :)


A S S A L A M U A L A I K U M 

Entry ni khas untuk awak :)

Awak , first sekali , thanks sebab sudi terima saya dalam hati awak . Thanks sebab sudi terima saya seadanya . Walaupun kita masih baru , jujur saya cakap saya dah jatuh sayang kat awak . Awak berbeza dengan lelaki lain yang pernah saya kenal . Mungkin awak tak sehandsome lelaki lain , tapi awak handsome pada pandangan mata saya . Kita masing masing ada kekurangan , saya harap , awak dapat menutupi kekurangan saya dan sebaliknya . Walaupun tak ramai yang tahu tentang kita , saya tak kisah . 

Cinta kita bukan untuk dijaja , tetapi disemai . So , saya harap hubungan ni bukanlah bersifat sementara . Saya dah penat bercinta , putus , cinta putus . Mungkin awak bukan cinta pertama saya , tapi insyaAllah jika tertulis ini jodoh kita , saya akan jadikan awak cinta terakhir saya . Mudah mudahan . Amin :)

Awak selalu marah bila saya cakap tentang masa depan kita . Awak cakap , awak takut jika awak bukan jodoh saya . Awak jugak suruh saya lupakan awak andai kata ini bukan jodoh kita . Insyaallah awak , andai benar saya tercipta dari tulang rusuk awak , saya akan jadi milik awak . Mungkin tak salah kalau saya nak berharap kan . 

Lirik lagu kat bawah ni khas untuk awak :)

Sayangku bagiku kau mempersona
Kau sempurna kau terima aku seadanya
Walaupun hidup tak selalunya indah
Hariku indah kerna kamu selalu ada

Hanya kamu saja yang mampu membuatku terbang tinggi
Kamu saja yang mampu membuat tidur ku lena
Kamu saja yang mampu membuat mimpiku indah
Kamu saja yang mampu membuat diriku gembira

Tak pernah terlintas di hatiku ini
Untuk curangi dan berpaling pada yang lain
Namamu saja yang terukir di hati
Kau menerangi diriku di kala ku sepi

Hanya kamu saja yang mampu membuatku selalu ceria
Kamu saja yang mampu membuat aku tertawa
Kamu saja yang mampu membuat ku jatuh cinta
Kamu saja yang mampu membuat diriku bahagia

AINAN TASNEEM -KAMU SAJA-

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen